Mounth Everest
Kristianto Afandi
Kamis,28 November 2013
Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850
meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung
Himalaya. Everest adalah
gunung tertinggi di
bumi (diukur dari
paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara
Nepal dan
Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai
Sagarmatha (
Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan
Chomolangma atau
Qomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (
pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir
Andrew Waugh, jeneral peninjau
British di
India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir
George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeda dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).
Ukuran
Radhanath Sikdar,
juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama
mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan
trigonometri, pada
1852. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.
Gunung ini dianggarkan 8,850 m (29,035
kaki; hampir 5.5
batu)
tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal
tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih
dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun
1856
sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diisytiharkan sebagai
29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak 2 kaki menunjukkan perasaan
masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai
anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai
adalah 8850 m yang diperolehi melalui bacaan
Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Everest masih meningkat akibat pergerakan
plat tektonik kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.
Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas
paras laut. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah
Mauna Loa di
Hawaii
ialah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah
laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras
laut dan kemuncak
Gunung Chimborazo di
Ecuador adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana
Bumi agak berisi dikawasan
Khatulistiwa.
Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras
laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di
Andes.
Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest:
Challenger Deep, terletak di
Parit Mariana, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.
Laluan memanjat
Gunung Everest mempunyai dua laluan memanjat, rabung tenggara dari
Nepal dan rabung barat laut dari
Tibet.
Dari keduanya, rabung tenggara adalah lebih mudah secara teknikal dan
merupakan laluan yang paling sering digunakan. Ia juga merupakan laluan
yang digunakan oleh Hillary dan Norgay pada tahun 1953. Bagaimanapun,
ini adalah disebabkan oleh isu politik, bukannya disengajakan kerana
sempadan Tibet ditutup kepada orang asing pada tahun
1949.
Kebanyakan percubaan dilakukan antara bulan
April dan
Mei sebelum musim
monsun musim panas melanda. Pertukaran pada
aliran jet pada ketika ini turut mengurangkan purata kelajuan angin di gunung. Sementara cubaan kadang-kala dilakukan selepas monson pada
September dan
Oktober, tambahan salji terhimpun dari monson meningkatkan kesukaran.
Rabung tenggara
Pendakian melalui rabung tenggara bermula dengan perjalanan ke kem
pengkalan pada 5.380 meter (17.600 kaki) pada sebelah selatan Everest di
Nepal. Expedisi biasanya bermula daripada penerbangan masuk ke
Lukla 2.860m dari
Kathmandu
dan kemudian berjalan ke kem pengkalan, yang biasanya mengambil masa
enam hingga lapan hari, membenarkan penyesuaian altitud yang sesuai agar
menghindar
penyakit altitud. Peralatan pendakian dan bekalan di bawa oleh
yak, dzopkyos dan porter ke kem pengkalan di
Glasiar Khumbu. Apabila Hillary dan Norgay mendaki Everest pada tahun 1953, mereka bermula dari
Jiri yang, masakini, mengambil masa lima hingga enam hari untuk sampai ke Lukla.
Pendaki akan menghabiskan masa selama beberapa minggu di kem pengkalan, menbiasakan diri dengan altitud. Ketika itu,
Sherpa dan sebahagian pendaki ekspedisi akan menyediakan tali dan tangga di
Khumbu Icefall yang berbahaya.
Serac
dan blok air batu yang bergerak boleh menjadikan runtuhan ais yang
merupakan salah satu bahagian paling merbahaya dalam perjalanan. Ramai
pendaki dan sherpa telah terbunuh di bahagian ini. Untuk mengurangkan
bahaya, pendaki biasanya memulakan pendakian mereka sebelum subuh.
Apabila cahaya matahari menyinari ais jatuh (
icefall), bahaya akan meningkat dengan mendadak. Di atas ais jatuh ini adalah kem I atau kem pengkalan hadapan(
advanced base camp (ABC)) pada ketinggian 6,065m (19,900 kaki).
Dari kem I, pendaki akan bergerak keatas ke
Western Cym ke pengkalan di muka
Lhotse,
di mana kem II didirikan pada ketinggian 6,500m (21,300 kaki). Western
Cym agak datar, lembah glasier bercerun landai, ditanda dengan beberapa
crevasse
memanjang di tengah yang menghalang laluan terus ke bahagian atas Cym.
Pendaki terpaksa menyeberangi jauh ke kanan berhampiran pengkalan
Nuptse
melalui laluan kecil dikenali sebagai "Sudut Nuptse". Western Cym juga
dikenali sebagai "Lembah Sunyi - Valley of Silence" kerana bentuk
mukabumi (
topografi) kawasan tersebut biasanya menghalang
sebarang angin dari sampai ke laluan pendakian. Altitud yang tinggi dan
hari yang terang tanpa angin menjadikan Western Cym amat panas bagi para
pendaki.
Dari kem II, pendaki memanjat permukaan Lhotse menggunakan tali kekal
sehingga tebing kecil pada 7.470 m (24.500 kaki). Dari situ, ia sejauh
500 metre lagi ke kem IV pada bahagian selatan pada 7.920 m (26.000
kaki). Dari kem III ke kem IV, pendaki berhadapan dengan dua cabaran
tambahan: Taji Geneva dan Gelang Kuning (
The Yellow Band). Taji Geneva merupakan rabung batu hitam berbentuk (
anvil)
yang dinamakan oleh ekspedisi Swiss 1952. Tali kekal membantu pendaki
mendaki gelang batu yang diseliputi salji ini. Gelang Kuning adalah
bahagian batuan mendak atau ('sedimen') yang memerlukan tali sepanjang
100 metre untuk melintasinya.
Di selatan
col, pendaki memasuki
zon mati. Pendaki
biasanya hanya tahan maksima dua atau tiga hari pada altitud ini sebelum
membuat cubaan ke puncak. Cuaca baik dan angin perlahan adalah faktor
penting dalam menentukan samaada mencuba kepuncak. Jika cuaca tidak
sesuai dalam tempoh pendek ini, pendaki terpaksa turun, kebanyakannya
sehingga ke kem pengkalan.
Dari kem IV, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak sekitar tengah
malam dengan harapan sampai ke puncak (masih 1.000 metre tinggi) dalam
tempoh 10 hingga 12 jam. Pendaki akan sampai "The Balcony" pada 8.400m
(27.700 kaki), pelantar kecil di mana mereka boleh berhenti dan merenung
kearah puncak di selatan dan timur dalam cahaya waktu pagi. Meneruskan
mendaki rabung, pendaki akan berhadapan dengan tangga batu yang
mengancam yang biasanya memaksa mereka ke timur ke dalam salji yang
sampai ke tahap pinggang, ancaman bahaya runtuhan salji. Pada 8.750m
(28.700 kaki), dom salji dan air batu sebesar meja kecil menandakan
puncak selatan.
Dari puncak selatan, pendaki mengikut rabung timur seperti mata pisau
sepanjang apa yang dikenali sebagai "Cornice Traverse" di mana salji
melekat di batu sekali-sekala. Ini adalah seksyen paling terdedah dalam
pendakian kerana silap langkah akan menjatuhkan seseorang 2.400m (8.000
kaki) ke bawah di sebelah muka barat daya sementara di sebelah kanan
adalah 3.050m (10.000 kaki) permukaan Kangshung. Pada akhir laluan ini
adalah dinding batu mengkagumkan setinggi 12 m (40 kaki) dikenali
sebagai "Hillary Step" pada 8.760m (28.750 kaki). Hillary dan Norgay
merupakan pendaki pertama mendaki tapak ini dan mereka melakukannya
dengan perkakasan memanjat air batu primitif dan tanpa tali kekal. Masa
kini, pendaki akan mendaki tapak ini menggunakan tali kekal yang
dipasang oleh Sherpa. Melepasi tapak ini, ia adalah mudah untuk
melangkah terus ke atas melalui dongakan tebing salji serdahana curam.
Pendaki biasanya menghabiskan kurang dari 1/2 jam di "puncak dunia"
kerana mereka menyedari mereka perlu menuruni ke kem IV sebelum
kegelapan menyelubungi atau cuaca petang menjadi masalah besar.
Rabung Barat Laut
Laluan Rabung Barat Laut (
Northwest ridge) bermula dari sebelah utara Everest di Tibet. Laluan ekspedisi melalui
Glasier Rongbuk,
mendirikan kem pengkalan pada ketinggian 5.180 m (17.000 kaki) di
dataran anak batu betul-betul di bawah glasier. Untuk mencapai kem II,
pendaki perlu mendaki (
medial moraine) di timur Glasier Ronguk sehingga kaki
Changtse
sekitar 6.100 m (20.000 kaki). Kem III (ABC) terletak di bawah sebelah
utara pada ketinggian 6.500 m (21.300 kaki). Untuk sampai kem IV
disebelah utara, pendaki perlu mendaki glasier ke kaki (
col) di mana tali kekal digunakan bagi mendaki
col
utara pada ketinggian 7.010 m (23.000 kaki). Dari utara col, pendaki
mendaki rabung utara berbatu untuk mendirikan kem V pada ketinggian
7.775 m (25.500 kaki). Laluan menegak sebelah utara melalui siri lurah
dan lekik (
gullies and steepens) melalui tebing turun melalui
permukaan kasar sebelum sampai ke tapak kem VI pada 8.230 m (27.000
kaki). Dari kem VI, pendaki akan memulakan pendakian kepuncak terakhir.
Pendaki mesti bermula melalui tiga gelang batu yang dikenali sebagai
Langkah Pertama, Langkah Kedua dan Langkah Ketiga. Apabila melepasi
langkah ini, tebing puncak terakhir (50 hingga 60 darjah) ke puncak.
Pendakian
Gunung Everest yang dilihat dari arah selatan.
Pada 6 Jun 1924,
George Mallory dan
Andrew Irvine dari
United Kingdom, membuat cubaan ke puncak dari mana mereka tidak pernah kembali.
Noel Odell,
pakar geologi ekspedisi tersebut, melihat pasangan tersebut memanjat
"dengan penuh semangat... hampir dengan pangkal piramid akhir" pada
12:50 tengahari pada hari tersebut. Pada tahun
1979 pendaki Wang Hongbao dari
China mendedahkan kepada rakannya bahawa dia telah menjumpai mayat pada tahun
1975
yang dikatakan menyerupai gambaran Irvine, bagaimanapun dia terbunuh
dalam runtuhan keesokkan harinya sebelum sempat memberikan gambaran
terperinci kepada orang lain. Pada tahun
1999
bagaimanapun, Ekspedisi Penyelidikan Mallory dan Irvine yang terkenal
mengenalpasti mayat Mallory di kawasan pencarian yang dijangkakan
berhampiran kem China lama. Kontrovesi telah timbul dikalangan
masyarakat pendaki gunung mengenai samada pasangan tersebut berjaya
mendaki kepuncak dunia, 29 tahun sebelum pendakian yang disahkan (dan
pastinya, penurunan selamat) Gunung Everest oleh Sir
Edmund Hillary dan
Tenzing Norgay pada tahun
1953. Persetujuan umum dikalangan pendaki sebagaimana dinyatakan oleh
Reinhold Messner, adalah tidak; bagaimanapun, pada (
2004)
satu lagi ekspedisi sedang dijalankan oleh pihak yang menjumpai tubuh
Mallory bagi menjejak Irvine berpeluang bagi mendapat bukti lanjut
mengenai hal tersebut. Terutamanya, keduanya diketahui membawa satu
kamera Kodak 'Vestpocket' (kemungkinannya Irvine, kerana tidak terdapat
pada Mallory), yang filemnya masih boleh dicuci walaupun selepas 80
tahun kemudian, dan mungkin mengandungi gambar kejayaan mencapai puncak.
Mallory telah mengembara bagi berucap mengelilingi
Amerika Syarikat pada tahun-tahun sebelum
1923; ia ketika itu dia memberikan jawapan terkemuka, "Kerana ia di situ," kepada pemberita
New York bagi menjawab soalan," Kenapa mendaki Everest? " untuk apa yang kelihatannya yang keseribu kali.
Pada tahun
1995 George Mallory II dari
Afrika Selatan (cucu) menawan puncak Everest.
Pada tahun
1933,
Lady Houston,
jutawan dan bekas gadis penari, membiayai
The Houston Everest Flight of 1933, yang menganjurkan formasi kapal terbang yang diketuai oleh
Marquess of Clydesdale melintas melalui kemuncak dalam usaha meletakkan bendera
Union Jack British dipuncak.
Ekspedisi awal memanjat gunung dilakukan melalui
Tibet, dari arah utara. Walaubagaimanapun, laluan ini ditutup kepada ekspedisi barat pada tahun
1950,iaitu selepas
China mengambil alih Tibet. Semasa tahun
1951 dan tahun
1952 ekspedisi yang diketuai oleh British, termasuk
Edmund Hillary, mengembara masuk ke dalam
Nepal untuk meninjau laluan baru melalui arah selatan.
Mengikut jejak British, ekspedisi
Swizland cuba mendaki melalui arah selatan, tetapi terpaksa berpatah balik 200 meter dari puncak. Antara ahli pasukan pendaki adalah
Sherpa Tenzing Norgay.
Pada tahun
1953, ekspedisi ke sembilan British, diketuai oleh
pegawai British John Hunt,
kembali ke Nepal. Hunt memilih dua pasukan pendaki untuk cuba sampai ke
puncak. Pasangan pertama berpatah balik selepas keletihan yang tinggi
di gunung. Keesokkan harinya, ekspedisi itu menjadi ekspedisi kedua dan
terakhir bagi pasangan itu yang menjadi pasangan mandaki yang paling
tegap dan berkesungguhan.Puncak itu akhirnya dapat didaki pada jam 11.30
pagi pada 29
Mei,1953 oleh orang dari
New Zealand iaitu
Edmund Hillary dan
Sherpa.
Tenzing Norgay
dari Nepal yang berjaya mendaki South Col Route. Walaupun Hillary
mengaku bahawa dia lebih jauh kehadapan berbanding Tenzing
kedua-keduanya menghargai usaha kepasukan sepanjang pendakian
tersebut.Mereka berhenti sementara untuk mengambil gambar dan menanam
beberapa gula-gula dan sebatang kecil salib ke dalam salji sebelum
mendaki turun.Berita kejayaan ekspedisi itu sampai kepada Ratu
Elizabeth II'. Mereka kembali semula ke Kathmandu beberapa hari kemudian dan Hillary dan Hunt mendapati mereka telah dianugerahkan pangkat
Kesatria atas usaha mereka.
Pada
16 Mei,
1975 Junko Tabei telah menjadi wanita pertama untuk sampai ke puncak Everest .Pada 25 Mei,
2001,
Erik Weihenmayer menjadi pendaki buta yang pertama untuk sampai ke puncak tersebut.
Semasa penghujung musim mendaki pada tahun
2001,1491 orang telah berjaya mendaki puncak tersebut (560 orang semenjak tahun
1998), dan hampir 172 orang pendaki yang telah maut,dan tahun termalang ialah pada tahun
1996
di mana 15 orang telah maut semasa cuba mendaki untuk sampai ke puncak
dan hari yang terburuk ialah di mana 8 orang pendaki telah maut.Pada
Mei 2004, Kent Moore - seorang ahli fizik dari
University of Toronto - memberitahu kepada
New Scientist
mengenai analisa keadaan cuaca pada hari yang paling malang itu
menunjukkan bahawa keadaan cuaca yang buruk telah menyebabkan kadar
oksigen
menyusut hampir 14%. Lapan mereka yang terbunuh itu merupakan
sebahagian daripada 26 orang yang telah mendaki puncak gunung itu tanpa
bantuan
oksigen.
Keadaan puncak yang sukar didaki telah menyusahkan proses untuk
membawa turun mayat di mana hampir semua mayat mereka yang telah
terkorban dibiarkan di tempat asal kematian mereka,dan sesetengahnya
dapat dilihat dengan jelas dari kawasan pendakian yang biasa.
Kebanyakan pendakian menggunakan topeng
oksigen dan tangki
oksigen . (
[1])
Di atas kawasan melibihi 8000m (26,000 kaki); kawasan ini dikenali
sebagai kawasan maut.Puncak Everest boleh didaki tanpa bantuan oksigen,
namun ini memerlukan latihan kesihatan yang khas dan ia juga
meningkatkan risiko kepada pendaki :kerana manusia tidak dapat berfikir
dengan betul apabila kekurangan
oksigen
.Cuaca, suhu yang rendah dan juga jurang-jurang yang berbahaya
memerlukan tindakan yang cepat dan betul apabila ingin mendakinya.
Pendaki gunung merupakan sumber bagi penyedia perkhidamatan untuk
rakyat Nepal: ia bermula dari mereka yang berpengalaman hingga mereka
yang mengambil bayaran dari pelawat untuk membawa mereka hingga ke
puncak.
Mohandas Nagappan (M. Nagappan) dan Magendran Moorthy (M. Magendran)
merupakan warga Malaysia pertama yang berjaya menawan puncak Gunung
Everest pada 1997.